Pembayaran Yuran Online Pembayaran Yuran Online
Pendaftaran Kini Secara Online!
Jawatan Kosong!!!
Pembantu Taska dengan kelayakan berikut diperlukan;
- Perempuan.
- Umur sekurang-kurangnya 18 tahun.
- Minimum SPM.
Kediaman dan makan minum disediakan. Gaji pokok RM 700.00 Sila hubungi Puan Mazilah di +6013 664 3102 untuk maklumat lanjut atau klik link di bawah untuk permohonan online.

Mohon Online

Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan yang kami sediakan adalah taska, pusat jagaan kanak-kanak, dan transit.

Perkhidmatan yang kami sediakan adalah taska, pusat jagaan kanak-kanak, dan transit.

Perkhidmatan Kami
Taska Nur Qaseh Fatin menawarkan khidmat penjagaan kanak-kanak berumur antara 2 bulan hingga 4 tahun. Berpusat di No 20, Jalan 3/34 Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan yang strategik untuk penjagaan kanak-kanak di sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya.
 

Keceriaan
Ruang dalaman yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak
Keselesaan
Laman permainan luar yang luas dan sesuai untuk kanak-kanak
Keselamatan
Sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) beroperasi 24 jam
Waktu operasi adalah seperti berikut;

Hari Sepenuh Masa Separuh Masa
Isnin – Jumaat 6.45 pagi hingga 6.30 petang Shift 1 – 6.45 pagi hingga 12.00 tengah hari
Shift 2 – 12.00 tengah hari hingga 6.30 petang
Sabtu Cuti (Dibuka atas permintaan)
Ahad Tutup
Yuran adalah seperti berikut;

Umur Sepenuh Masa Separuh Masa
Baby (bawah 1 tahun) RM 450.00 RM 350.00
1 tahun dan ke atas RM 400.00 RM 300.00
Transit tadika RM 200.00
Transit sekolah RM 170.00
Pendaftaran tahunan RM 100.00
Jam/sehari RM 35.00
2 bulan – 3 tahun RM 350.00 RM 250.00
3 tahun – 4 tahun RM 300.00 RM 200.00
Pendaftaran tahunan RM 70.00
Transit tadika RM 180.00
Transit sekolah RM 160.00
Jam/sehari RM 25.00
Kadar yuran baru (tidak dipalang / not crossed) seperti tertera di atas efektif bermula pada 1 Januari 2017.

Yuran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 5 haribulan pada setiap bulan. Buku rekod yuran akan disertakan bersama.

Kadar bayaran bulanan yang dikenakan oleh pihak taska adalah dipersetujui oleh taska dan ibu bapa / penjaga.

Bayaran penuh dikenakan sama ada anak tidak hadir ataupun bercuti (2 minggu).

Senarai barang keperluan harian taska & transit adalah seperti berikut;

Bil. Jenis barang 2 bulan – 2 tahun 2 tahun – 4 tahun Transit
1. Baju & seluar 4 pasang 3 pasang 2 pasang
2. Tuala mandi 1 helai
3. Bantal & alas tidur 1 set
4. Bedak & sikat rambut 1 set
5. Berus & ubat gigi 1 set
6. Syampu & sabun mandi (2 in 1) 1 set
7. Diapers 8 helai 6 helai X
8. Tuala kecil / Tissue 1 set
9. Selipar / Kasut 1 pasang
10. Plastik / Bakul (Pakaian kotor) 1 unit
11. Susu & makanan 1 bekas
12. Botol susu 1 unit
Sila tuliskan nama pada setiap peralatan dan perkakasan anak serta pastikan keperluan anak lengkap setiap hari.

Bagi menjaga kebersihan botol susu, kami menasihatkan supaya dibawa pulang setiap hari dan ini juga dapat mengelakkan daripada tertukar atau hilang.

Pihak taska menggalakkan puting susu ditukar setiap 3 bulan sekali.

Sila maklumkan kepada penyelia dengan segera sekiranya terdapat barang yang hilang atau tertukar.

Barang-barang yang akan dibawa pulang untuk dicuci atau dibersihkan adalah seperti berikut;
Botol susu : Setiap hari
Tuala mandi : Hari Jumaat @ setiap minggu
Sarung bantal dan alas tilam : Hari Jumaat @ setiap minggu

Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memeriksa barangan anak setiap kali menjemput anak dan maklumkan jika ada yang tertinggal, hilang dan lain-lain.